Rata-rata manusia mampu membaca Al-Quran. Namun, berapa ramai yang cakna untuk membaca Al-Quran dengan makhraj yang betul?

Berpuluh tahun baca Quran, tapi tiada kesedaran untuk semak semula cara sebutan makhraj huruf.

 Memelihara Al-Quran dengan baik termasuk juga menjaga bacaannya mengikut cara bacaan sebenar menjadi sunnah yang sepatutnya diamalkan umat Islam sedangkan kalau salah sebut satu huruf pun, boleh mengubah makna ayat. Seramnya!

Lagi menyeramkan, bila terfikir macam mana dengan status solat kita kalau kita salah sebut huruf dalam surah Al-Fatihah?

Tepuk dada tanya iman.  Jom, Ustaz nak kongsikan 3 huruf Al-Quran yang selalu disalah sebut.



1. Huruf “Dhod”

Dalam banyak-banyak huruf hijaiyyah, ini lah salah satu huruf yang paling sukar untuk disebut. Ramai antara kita yang masih keliru dengan sebutan huruf ini dan juga huruf ‘dal’ (د).

Ada yang tertukar antara dua sebutan huruf ini, nak sebut ‘dhod’, tapi keluar bunyi ‘dal’.

Contohnya seperti kalimah “وَلَا ٱلضَّآلِّينَ” di dalam Surah Al-Fatihah. Sepatutnya ia dibaca dengan sebutan yang tebal, tapi ada sesetengah orang membacanya secara nipis dan disebut seperti huruf ‘dal’.

Kan dah timbul satu kesalahan dalam bacaan Al-Fatihah di situ? Bahaya betul !

Kemudian, satu lagi isu berkenaan huruf ini adalah, sebutannya kadangkala dilantunkan.

Salah tu ! Huruf ini tidaklah perlu dilantunkan kerana ia bukanlah huruf qalqolah. 

2. Huruf “Ha” Pedas

Seterusnya, huruf hijaiyyah yang selalu sangat disalah sebut oleh masyarakat kita adalah huruf “ha” ini, yang mana lebih mesra atau mudah dikenali sebagai “ha” pedas.

Sebab apa kebanyakan guru Quran menggelarkan huruf ini dengan nama glamour tersebut ? Kerana makhrajnya seolah-olah suara kita kepedasan. Tak percaya, cuba sebut sekarang !

Meskipun begitu, masih lagi ada di kalangan kita yang selalu tertukar sebutan huruf “ha” ini dengan huruf “ha” bulat (ه).

Bahkan ada juga yang berlebihan pedasnya semasa menyebut huruf ini sehinggakan kedengaran seperti bunyi huruf “kho” (خ).

Misalnya, kalimah pertama dalam ayat kedua Surah Al-Fatihah iaitu “ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ”. Cuba semak semula bacaan kita, boleh jadi kita sendiri pun salah sebut kalimah tersebut sebelum ini.

Akibatnya, ia akan menjejaskan kualiti solat kita sama ada sah atau tidak. Allahu, seramnya !

3. Huruf “Qaf”

Isu yang paling ketara dan besar mengenai huruf “qaf” ini adalah ia selalu disebut seperti sebutan huruf “kaf” (ك) sedangkan huruf “qaf” bersifat tebal dan tidak berangin, manakala huruf “kaf” pula bersifat nipis dan berangin.

Oleh kerana itu, apabila dua huruf ini berada berdekatan dalam satu kalimah, hendaklah dibaca dengan berhati-hati supaya tak salah makhraj dan bercampur aduk sebutannya.

Contohnya seperti kalimah “خَلَقَكُمْ”. Jangan dibaca secara terburu-buru, risau nanti tertukar sebutan dua huruf tersebut.

Kemudian, perlu diingatkan juga bahawa huruf “qaf” ini adalah merupakan salah satu huruf qalqolah. Jadi, hendaklah ia dibaca atau disebut bersama lantunan.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang cara bacaan qalqolah, sila tonton di sini LINK KELAS QOLQOLAH

Sebagai konklusinya, sebagai seorang umat Islam sebenarnya adalah sangat penting untuk kita semak dan baiki cara sebutan huruf Quran.

Memperbaiki bacaan Al-Quran bukan hanya pada usia muda sahaja, malah secara berterusan.

Sementara masih ada masa  di dunia ini, segeralah untuk kita mencari guru mengaji supaya kita dapat betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.





Nak tingkatkan kualiti bacaan Al-Quran?
Jom sertai ‘Seminar Mantap Makhraj’ bersama Azdan Quranic Center sekarang.

Ustaz ustazah akan bimbing Ilmu Makhraj satu per satu dari zero ke pro!

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera
https://azdan.my/seminar-mantap-makhraj


Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami
Ustaz Badrul

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.