16 September pada setiap tahun telah diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia termasuk semenanjung dan juga Sabah Sarawak bermula daripada tahun 2010.

Yeayyy ! Dapat cuti lagi !

Haa.. Seronok cuti tu seronok juga.. Tapi, tahu tak apa yang istimewa sangat dengan tarikh tu sampai satu Malaysia dapat cuti umum ?

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Sebelumnya, negara kita ini dikenali sebagai Tanah Melayu, tapi bermula daripada tarikh itu, gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah membentuk negara Malaysia !

Secara umumnya, kita mengetahui bahawa sambutan Hari Malaysia adalah untuk memperingati peristiwa penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. 

Tapi, apa agaknya peristiwa lain yang ramai orang belum tahu tentang Hari Malaysia ?

Nak tahu tak ? Jom kami kongsikan 3 Fakta Menarik Hari Malaysia Yang Ramai Orang Tak Tahu !

#1 SINGAPURA SEBAHAGIAN DARI MALAYSIA

Mesti masih ramai yang belum tahu bahawa Singapura yang kini lebih dikenali sebagai Kota Singa sekarang ni pernah menjadi sebahagian daripada persekutuan Malaysia. 

Betul tak ?

Kalau anda semua nak tahu, Bapa Pengasas Singapura dan Perdana Menteri pertama iaitu mendiang Lee Kuan Yew merupakan penyokong kuat dalam penggabungan Singapura sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Walau bagaimanapun, Singapura telah meninggalkan persekutuan tersebut 2 tahun selepas tarikh penubuhan iaitu pada tahun 1965, ekoran peningkatan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu dan kini membentuk negara berdaulat Singapura. 

Haa.. sebab tu juga lah jalur merah dan putih pada Jalur Gemilang yang mewakili negeri-negeri dalam Malaysia ada 14 jalur sedangkan sekarang ini kita ada 13 buah negeri sahaja.

Cuba kira balik betul tak ? Hihihi…

Satu jalur yang lebih pada Jalur Gemilang tu mewakili Singapura lah…

#2 HAK KEISTIMEWAAN SABAH DAN SARAWAK 

Mesti ramai lagi yang belum tahu bahawa orang luar tidak dibenarkan keluar dan masuk Sarawak sesuka hati sahaja. Perlu ada passport atau pass kebenaran perjalanan tau !

Orang luar tu bukan orang dari luar negara je, tapi orang dari semenanjung Malaysia dan Sabah  juga perlu ada pass perjalanan. Kalau tak, memang susah lah nak keluar dan masuk di Sarawak.

Haa.. terkejut lah tu.. hihi..

Sebenarnya, hak keistimewaan itu merupakan salah satu syarat ketika Sabah dan Sarawak bergabung dengan semenanjung bagi membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Perkara 6 dalam Memorandum 20 Perkara menyatakan bahawa Sarawak diberi kuasa untuk menguruskan hal imigresen mereka sendiri. 

Rujukan:https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/04/MA63_S.pdf

Oleh itu, Sarawakian nak masuk mana-mana tempat di Malaysia termasuk Sabah adalah free flow. Tapi semua negeri di Malaysia (termasuk Sabah) nak masuk Sarawak akan diberi pas lawatan sosial selama 90 hari hanya untuk tujuan lawatan sahaja

#3 CUTI UMUM

Sebelum ini, tarikh 16 September pada setiap tahun hanya disambut di negeri Sabah dan Sarawak untuk meraikan secara rasmi hari kemerdekaan dua negeri tersebut daripada jajahan British.

Ohh.. patutlah ramai lagi yang selalu terlupa tarikh 16 September ni adalah cuti umum, rupa-rupanya sebab sebelum ni Sabah dan Sarawak je yang cuti.

Bermula pada tahun 2010, Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Najib Razak telah mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum untuk seluruh negeri di Malaysia termasuk semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.

Hari Malaysia ni perlu disambut oleh seluruh rakyat Malaysia dengan semangat yang sama seperti sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun.
Itulah dia 3 menarik tentang Hari Malaysia yang kami kongsikan kepada anda semua. Jangan lupa untuk kongsikan pula dengan orang lain supaya ramai-ramai kita tahu fakta-fakta tentang Hari Malaysia ni.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.