Kami mulakan dengan memetik hadis daripada Riwayat Al-Bukhari,

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya:

“Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”.

Daripada hadis di atas, dapat difahami bahawa mempelajari Al-Quran sahaja merupakan suatu kebaikan, apatah lagi sekiranya kita belajar kemudian mengajarkannya (mengamalkannya) pula kepada orang lain. 

Secara hakikatnya, hadis ini memberi galakan kepada manusia khususnya umat Islam untuk sentiasa menyemarakkan pendidikan Al-Quran yang merupakan petunjuk bagi sekalian manusia.

Ini kerana, seandainya seorang muslim itu tidak mengetahui apatah lagi mengenal Al-Quran, maka bagaimana mungkin ia akan mendapat petunjuk dan hidayah Al-Quran.

Bagi umat Islam, membaca Al-Quran dengan baik dan lancar adalah salah satu kewajipan. Bahkan dalam ibadah solat pun kita membaca ayat-ayat Al-Quran. Jadi, amat penting untuk kita mempelajarinya supaya ibadah kita tidak menjadi sia-sia.

1) Mengenal Asas Terlebih Dahulu

Bagi setiap pemula yang baru nak belajar mengaji Al-Quran, langkah pertama adalah mengenal terlebih dahulu huruf-huruf hijaiyyah sebelum memahami isi dari kitab suci Al-Quran. 

Sebagaimana kita belajar ABC sebelum belajar membaca buku, begitu juga kita perlu belajar huruf hijaiyyah sebelum belajar membaca Al-Quran.

Hal ini penting supaya kita dapat mengenali dan mengukuhkan yang asas terlebih dahulu sebelum belajar ke peringkat yang seterusnya. 

2) Cari Waktu Yang Sesuai

Langkah yang seterusnya adalah mencari waktu yang sesuai untuk memulakan bacaan Al-Quran. 

Anda boleh memilih waktu terbaik untuk membaca Al-Quran contohnya adalah pada waktu malam. Imam Nawawi ada menyebut bahawa, bacaan Kalamullah di antara waktu Maghrib dan Isyak adalah perkara mahbubah (disukai), iaitu perkara yang disukai oleh Allah SWT. 

Sentiasalah usaha untuk jadikan bacaan Al-Quran sebagai rutin harian dalam hidup kita.

3) Cari Guru Mengaji Yang Betul

Mencari guru yang betul juga adalah salah satu langkah penting yang perlu dibuat kepada setiap pemula. Berdasarkan hadis Riwayat Muslim dan Bukhari, daripada Fatimah RA berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW telah berbisik kepadaku:

أَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي بِالقُرْآنِ كُلَّ سَنَةٍ، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي العَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أُرَاهُ إِلَّا حَضَرَ أَجَلِي

Maksudnya:

“Jibril membacakan Al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan Al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang”. 

Dalil di atas adalah merujuk kepada peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW sendiri berguru dengan Jibril AS secara bertalaqqi. Baginda diajarkan kalamullah yang dizahirkan iaitu ‘Iqra’. 

Demikianlah juga para nabi dan rasul yang lain, mereka juga mempunyai guru atau sumber perantaraan masing-masing untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah SWT. 

Jadi, amat penting kita mencari guru yang tepat sebelum nak menuntut apa-apa ilmu sekalipun. 

4) Konsisten

Manusia itu imannya ada kala naik dan ada kalanya turun. Sememangnya kita takkan dapat lari daripada dua aspek ini. Tapi, kita sentiasa mempunyai pilihan untuk melakukan sesuatu. Oleh itu, semasa kita sedang berusaha untuk mempelajari Al-Quran, usahalah juga untuk sentiasa konsisten dengannya. 

Jangan sedih dan risau sekiranya kita belum mahir membaca Al-Quran. Ini kerana, orang yang berjuang mempelajarinya pun akan dilimpahi ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. 

Allah SWT berfirman di dalam Surah Fatir pada ayat yang ke 29,

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”.

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.

Dalil di atas menunjukkan bahawa, Allah SWT itu amat menyukai pada hambaNya yang sentiasa membaca dan melazimi Al-Quran. Di samping itu juga, Allah SWT telah menjadikan Al-Quran itu sebagai kitab yang mudah untuk dihafal dan dipelajarinya.

5) Berdoa 

Setelah melalui pelbagai usaha, jangan lupa untuk selitkan sekali usaha kita dalam berdoa kepada Allah SWT. Sebagaimana kita sebagai manusia hanya mampu merancang pelbagai perkara, tapi sebaliknya Allah jualah yang memperkenankan setiap segala yang kita mahukan. 

Maka, letaklah segala pengharapan kita hanya kepada Allah. Usaha sahaja tanpa berdoa hanyalah usaha yang sia-sia. 

فَاِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِيْنَ

Maksudnya:

“Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal.”

Sesungguhnya manusia itu merancang dengan cita-cita, tetapi Allah SWT merancang dengan penuh cinta.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.