Berkat merupakan sesuatu yang bersifat subjektif dan mempunyai makna yang sangat luas. Keberkatan dalam hidup ni ada banyak dan salah satu daripadanya adalah keberkatan dalam rezeki. 

Macam mana nak tahu rezeki yang diperoleh tu berkat atau tidak?

Senang je… Rezeki yang dipenuhi dengan keberkatan itu walaupun sedikit tetapi ianya mencukupi.

Contohnya, ada orang yang gajinya kecil je tapi hidupnya bersama keluarga serba lengkap serta damai dan bahagia je. Ada pula orang yang gajinya lumayan tapi hidupnya sentiasa dibelenggu dengan masalah kewangan dan sebagainya.

Haa.. Itu semua berkaitan dengan keberkatan dalam rezeki.

Dalam kitab suci Al-Quran juga ada menyebutkan tentang beberapa perkara yang mempunyai hubung kait antara rezeki dengan keberkatan.

Ini dia kami kongsikan 3 Keberkatan Rezeki Yang Disebut Dalam Al-Quran ! 

#1 SURAH AL-A’RAF, AYAT 96

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ

Maksudnya: “Dan sekiranya ahli sesuatu tempat itu beriman dan bertaqwa, maka kami akan buka bagi mereka keberkatan dari langit dan bumi.”

{QS: Surah Al-A’raf ayat 96}

Dalam ayat Al-Quran di atas menjelaskan bahawa sifat taqwa seseorang muslim itu mampu membuka keberkatan rezeki dalam kehidupan.

Taqwa bermaksud menjaga diri daripada mendapat kemurkaan Allah SWT dengan meninggalkan segala laranganNya dan taat kepada semua perintahNya.

Nak tahu contoh sifat taqwa yang paling mudah ?

Senang je.. Contohi sifat-sifat Rasulullah SAW serta para nabi dan rasul yang lain. Baginda merupakan contoh terdekat yang mengamalkan sifat taqwa secara berterusan.

Allah SWT telah menjanjikan keberkatan rezeki yang luas kepada golongan yang bertaqwa sebagaimana firmanNya dalam ayat di atas tadi.

Tunggu apa lagi? Jom sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. 

#2 SURAH NUH, AYAT 10 – 12

فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًۭا . يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًۭا . وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍۢ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّـٰتٍۢ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَـٰرًۭا .

Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Beristighfarlah kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun (11). (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;(12).Dan Allah akan memberi kepada kamu dengan harta kekayaan serta anak-pinak; dan Allah akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

{QS: Surah Nuh ayat 10 – 12}

Allah SWT memerintahkan hambaNya supaya beristighfar kepadaNya dan menjanjikan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang sentiasa mengingati Allah dengan istighfar.

Istighfar adalah amalan yang paling mudah untuk dilakukan dalam semua amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT. 

Kenapa mudah ?

Sebab… Istighfar ni boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tengah baring sambil tengok telefon pun boleh istighfar tau !

Sesungguhnya Allah SWT itu memang Maha Pemurah kerana amalan yang paling mudah untuk dilakukan seperti istighfar itu pun dijanjikan ganjaran rezeki yang berterusan mengalir seperti air sungai. 

Apa lagi alasan kita sebagai hamba untuk tidak mengingati Allah SWT ?

#3 SURAH SABA, AYAT 39

وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍۢ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ

Maksudnya: “Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.” 

{QS: Surah Saba ayat 39}

Ayat dalam surah ini pula Allah SWT mengingatkan hambaNya tentang amalan bersedekah. Setiap yang kita sumbangkan kepada orang lain akan dibalas dengan nikmat yang lebih besar olehNya.

Bersedekah ni tak perlu tunggu kaya dan banyak harta. Kalau ada sedikit, sedekah sedikit. Kalau ada banyak maka sedekahlah lebih banyak. 

Satu hal yang paling penting, jangan pernah ada perasaan takut miskin kerana bersedekah. 

Allah SWT telah menjanjikan rezeki yang lebih luas dan berkat kepada orang-orang yang selalu berkongsi rezeki yang diperolehnya dengan orang lain. 

Sesungguhnya, rezeki itu datangnya daripada Allah SWT, jadi tidak akan rugi jika ianya disedekahkan pada jalan Allah juga. 

Itulah dia 3 kunci keberkatan rezeki yang disebutkan dalam Al-Quran.

Ada banyak lagi amalan-amalan meraih keberkatan yang disebutkan dalam Al-Quran. Bukan itu sahaja, amalan lain dan kisah-kisah menarik pun banyak diceritakan dalam Al-Quran tau ! 

Beruntung sangat kalau kita selalu baca Al-Quran dan faham maknanya.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.