Apa peristiwa bersejarah yang dikenang pada bulan Ogos setiap tahun ya?

Sudah tentu lah peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu ! 

Walaupun peristiwa kemerdekaan itu sudah berlalu selama 65 tahun, tetapi ianya masih diingati kerana 31 Ogos 1957 adalah tanggal keramat yang tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Kemerdekaan Tanah Melayu tidak akan dapat dicapai tanpa usaha dan perjuangan daripada tokoh kemerdekaan. Oleh itu, jasa dan pengorbanan mereka perlu dikenang dan dihargai.

Tanpa perjuangan tokoh kemerdekaan terdahulu, sudah pasti kita tidak akan dapat merasai nikmat keamanan dan kebebasan yang kita rasai sekarang.

Agak-agaknya siapa tokoh kemerdekaan yang sedang hangat diperkatakan sehingga kisah perjuangannya dijadikan sebuah filem ?

“Mat Kilau !”

Haa… Mat Kilau ni bukan tokoh kemerdekaan yang sembarangan tau ! Beliau sebenarnya mempunyai latar belakang agama yang kuat dan kukuh.

Jom kami kongsikan kisah 3 Tokoh Al-Quran Disebalik Kemerdekaan termasuk Mat Kilau !

#1 MAT KILAU

Bagi mereka yang dah menonton filem Mat Kilau mesti dah tahu yang Mat Kilau ni merupakan anak jati negeri Pahang. 

Tokoh kemerdekaan ini dilahirkan di sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang. 

Berdasarkan kisah sejarah yang menceritakan tentang Mat Kilau, dapat kita ketahui bahawa Mat Kilau adalah seorang yang mempunyai keperibadian yang unggul.

Mat Kilau juga seorang yang mempunyai cara pemikiran matang sehinggakan Hugh Clifford yang merupakan Residen British di Pahang mempercayai idea-idea daripada tokoh kemerdekaan itu semasa mereka membuat rundingan di Pulau Tawar.

Dalam kehidupan bermasyarakat pula, Mat Kilau mendapat kepercayaan penuh daripada penduduk setempat untuk memastikan hak-hak mereka di tanah sendiri tidak dijajah oleh kuasa luar kerana beliau dilihat sebagai seorang yang luas pandangannya.

Pernah tak kalian terfikir apa agaknya rahsia disebalik keperibadian unggul tokoh kemerdekaan ni?

Haa… Sebenarnya Mat Kilau ni telah didedahkan dengan Al-Quran sejak daripada kanak-kanak lagi. Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan beliau pandai membaca Al-Quran dengan berbagai lagu Tarannum.

Akhlak dan kepribadian seseorang itu sama ada baik atau buruk adalah dipengaruhi oleh Al-Quran dan Hadis.

Oleh sebab itu, Mat Kilau memiliki kepribadian dan akhlak yang mulia kerana beliau menghayati pesanan dan ajaran yang disampaikan dalam Al-Quran dan Hadis dengan sebaiknya.

#2 TOK JANGGUT

Haji Mat Hassan bin Munas adalah salah seorang tokoh kemerdekaan yang sanggup menggadai nyawa menentang British.

Mesti ada yang tak pernah dengar nama Haji Mat Hassan ni kerana beliau lebih dikenali dengan gelaran Tok Janggut kerana janggutnya yang panjang hingga ke paras dada. 

Tok Janggut bukan sahaja seorang pahlawan Melayu yang menentang British di Kelantan, tetapi beliau juga adalah seorang ulama yang telah mendalami ilmu agama Islam di pondok.

Beliau pernah berguru dengan ramai ulama termasuk ulama Patani yang terkenal, Sheikh Ahmad Al-Fatani dan ulama Terengganu, Tokku Paloh.

Semasa Tok Janggut berada di Mekah untuk mendalami tentang ilmu agama, beliau telah didedahkan dengan fatwa kerajaan Turki Uthmaniyah yang mewajibkan ke atas umat Islam untuk menentang British.

Fahaman tentang kewajipan untuk menentang British adalah dianggap sebagai Fardhu Ain bagi umat Islam telah tertanam dalam jiwa Tok Janggut.

Apabila beliau pulang ke tanah air dan melihat masyarakat di Pasir Puteh, Kelantan ditekan dengan sistem cukai yang dilaksanakan oleh British, sudah pasti Tok Janggut tidak akan berdiam diri dan mengikut sahaja pentadbiran baharu penjajah itu.

Maka, bermula lah penentangan yang dilakukan oleh Tok Janggut untuk mempertahankan hak-hak masyarakat Melayu di Kelantan dan juga agama Islam. 

Beliau juga telah menubuhkan barisan penentangan untuk menentang dan mengusir British keluar daripada Pasir Puteh sehingga Tok Janggut sendiri terkorban di tangan tentera British.

Oleh itu, jasa dan pengorbanan Tok Janggut sebagai tokoh kemerdekaan diingati sehinga ke hari ini.

#3 DATO MAHARAJALELA

Dato Maharajalela dengan kisah pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak, Perak merupakan salah satu kisah sejarah yang tidak asing lagi.

Tapi mesti ramai lagi yang belum tahu secara terperinci tentang apakah punca sebenarnya disebalik pembunuhan Residen British pertama di Perak itu. 

Sebelum itu, jom kita kenali dulu Dato Maharajalela yang menjadi tokoh kemerdekaan masyhur di negeri Perak.

Nama sebenar beliau ialah Pandak Lam bin Maharaja Lela Maulud. Berketurunan Daeng Selili, anak raja Bugis berasal dari daerah Luwuk, Sulawesi. 

Semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah II, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato Maharaja Lela Tan Lela”.

Macam mana Dato Maharajalela boleh dilantik menjadi mufti ?

Pengetahuan agama dan ketinggian kepribadiannya menjadikan Sultan yakin untuk memberi tanggungjawab kepada beliau sebagai mufti negeri Perak.

Apabila seseorang itu berpegang teguh dengan ilmu agama Islam, orang lain akan yakin untuk memberikan kepercayaan dan tanggungjawab yang besar sama seperti Dato Maharajalela yang diberi kepercayaan untuk menjadi mufti Perak.

Beliau merancang pembunuhan J.W.W Birch kerana pihak British telah mewujudkan satu sistem yang tidak menghormati dan menggugat adat istiadat Melayu dan agama Islam.

Demi menjalankan tanggungjawab untuk memelihara bangsa Melayu dan agama Islam, Dato Maharajalela akhirnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping kerana terlibat dengan pembunuhan J.W.W Birch.

Berpunca daripada peristiwa pembunuhan itu lah yang menjadikan nama Dato Maharajalela masyhur sebagai tokoh kemerdekaan di negeri Perak. 

Ketiga-tiga tokoh di atas mempunyai latar belakang agama Islam yang kukuh 

dan hidup mereka berpandukan Al-Quran dan Hadis yang menjadikan mereka memiliki kepribadian yang unggul.

Oleh sebab itulah, tokoh kemerdekaan di atas sanggup berjuang dan mengorbankan nyawa mereka dalam mempertahankan bangsa Melayu dan juga kesucian agama Islam daripada terus dicemari oleh kuasa luar dan orang kafir. 

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.