Jika kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang lebih mementingkan keseimbangan hidup diatas dunia. Bekerja demi meneruskan kelangsungan hidup. Namun, ramai juga yang mengabaikan keseimbangan hidup di Akhirat. Sebagai seorang Umat Islam yang sejati, kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam tidak membaca Al-Quran. 

Umat Islam yang sering menjadikan kesibukan mereka sebagai halangan untuk mendekati dan membaca al-Quran perlu mengubah minda. Kita selalu kata sibuk sebab itu tak baca Al-Quran tetapi sebenarnya kita jadi sibuk kerana tidak membaca Al-Quran. Mungkin kita juga sudah hilang ‘baraqah’ masa kerana tidak membaca al-Quran. MasyaAllah ! Ini sangat bahaya pemikiran ini terus dibiarkan dalam kehidupan seharian kita.

“Bacalah Al-Quran, sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat untuk menjadi perantara bagi mereka yang berteman dengannya” (HR, Muslim, No. 1337)

Sebaik-baik teman adalah Al-Quran dan bertepatan dengan itu, kita mahu orang rasa Al-Quran ini kawan mereka dan insya-ALLAH apabila mereka mendekati Al-Quran segala masalah, tabiat kurang baik, perangai tak elok akan dapat dibendung. Malah, segala urusan pekerjaan kita di dunia juga dimudahkan dengan izin Allah.

Orang yang membaca Al-Quran dengan cara benar pertama mereka akan baiki bacaan, kemudian belajar sedikit maksud bacaan dan kemudian hati mulai tadabbur dan rasa seronok. Bila ada Quran dalam diri, mereka boleh kawal sendiri tingkah laku.

Bagi seseorang yang sibuk bekerja, tips-tips yang berguna untuk memastikan kita berdisiplin masa dengan Al-Quran antaranya : 

1. Buat jadual waktu membaca Al-Quran

Buat masa yang sesuai dengan kehidupan seharian kita untuk digunakan sebagai waktu membaca Al-Quran. Secara sederhana, waktu ini boleh berdasarkan 5 waktu solat. Jadi, selepas setiap solat, kita dapat meluangkan masa untuk membaca Al-Quran setiap hari.

Sebagai permulaan, anda boleh Google template-template yang mudah untuk jadual mengaji anda. Percayalah, anda akan nampak hasil setelah membuat jadual ini. Ia akan memberikan impak positif dalam kehidupan anda apabila mengamalkannya.

2. Manfaatkan teknologi 

Gunakan sehabis baik kemudahan gajet yang sering ‘melekat’ pada tangan anda itu untuk menambah nilai ibadah pada setiap hari. Antara caranya adalah anda boleh muat turun aplikasi Al-Quran dalam smartphone anda.

Walaupun banyak aplikasi Al-Quran online yang boleh anda muat turun, anda perlu cakna dan berhati-hati tentang kesahihan sebuah aplikasi Al-Quran. Banyak juga aplikasi Al-Quran yang diselewengkan isi dan terjemahannya. 

Anda boleh muat turun aplikasi seperti QalbyApps oleh MizzNina & TheNoor oleh Neelofa. Dua aplikasi ini sangat popular dimuat turun pada abad ini.

Sebagaimana yang kita ketahui, telefon pintar menjadi lebih canggih dengan aplikasi Al-Quran. Dengan begitu, sekarang kita dapat membaca Al-Quran dimana saja kita mahu tanpa perlu bersusah payah membawa kitab Al-Quran. Sekiranya kita berada di pejabat pun boleh sahaja membuka playlist Al-Quran dan dengar sewaktu bekerja. 

Selain itu, aplikasi Al-Quran pada telefon pintar juga lebih mudah dan praktikal untuk digunakan. Ini juga boleh menjadikan telefon pintar kita lebih diberkati daripada hanya digunakan untuk membuka media sosial atau perkara yang kurang berguna.

3. Manfaatkan cuti dan masa lapang

Waktu percutian memang lebih selesa digunakan untuk berehat. Namun, rehat tidak semestinya tidur sehingga anda tidak tahu waktunya. Lebih baik jika waktu tidur digunakan dengan betul sehingga ada masa lapang lain untuk digunakan untuk meneruskan sasaran menyempurnakan Al-Quran.

Walaupun bagi kita yang mempunyai masa dan kemampuan, masa percutian ini boleh digunakan untuk menghabiskan lebih dari 1 juz sehari. Pada hakikatnya, jika anda mempunyai masa lapang, gunakanlah sebaik mungkin untuk membaca Al-Quran dan bukannya melakukan perkara-perkara yang kurang bermanfaat.

4. Baca Al-Quran dengan baik

Sebanyak mungkin, kita harus melancarkan bacaan Al-Quran kita. Biasanya, orang-orang yang membaca Al-Quran berhenti menghabiskan lebih banyak masa daripada mereka yang fasih. Untuk itu, carilah seorang guru Al-Quran untuk membantu kita meningkatkan bacaan kitab suci kita. 

Mencari guru juga perlu mencari guru Quran yang profesional dan mahir. Bahaya sekiranya anda mencari guru yang tidak diiktiraf kerana khuatir mengundang pada ajaran sesat. Jadi, walaupun sesibuk mana kita bekerja, jangan biasakan untuk mencari guru-guru yang ekspress untuk anda lancar mengaji dengan cepat.

5. Menghafal Al-Quran

Lebih baik lagi ialah seseorang yang telah menghafal Al-Quran. Dia dapat menghabiskan Al-Quran bila-bila masa yang dia mahukan kerana dia telah menghafalnya dengan hati. Dia bahkan dapat melakukan semua pekerjaannya sambil membaca Al-Quran. Daripada menyanyikan lagu-lagu yang tidak jelas, lebih baik membaca ayat-ayat Al-Quran, bukan?

Secara konklusinya, Jangan biarkan waktu kosong dibiarkan tanpa membuat sebarang perkara bermanfaat. Tidak kira walau di mana kita berada misalnya, ketika sedang menunggu lampu isyarat, gunakan peluang beberapa minit itu untuk membaca surah mudah yang kita hafal.

Siapa yang mengerjakan satu kebaikan yang diniatkan semata-mata kerana Allah SWT, paling sedikit dia akan mendapat 10 pahala.

Membaca al-Quran itu bukan dikira selepas membaca keseluruhan ayat atau surah, tetapi setiap huruf itu ganjarannya 10 pahala.

Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)

Bagi mereka yang masih kurang lancar atau bacaan seringkali tersangkut-sangkut, jangan bimbang teruskan membaca al-Quran kerana Nabi SAW memberikan motivasi dengan menyatakan, golongan itu akan mendapat dua kali pahala berbanding orang yang lancar.

Sekiranya anda memerlukan bimbingan untuk mengaji Al-Quran bersama kaedah Azdan, tekan disini Daftar Sekarang.

Aisyah juga menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Jiwa orang yang sering berdamping dengan al-Quran juga akan sentiasa tenang dan lapang walaupun menghadapi pelbagai masalah di tempat kerja.

6. Memahami maksud ayat Al-Quran

Sekiranya anda membaca Al-Quran sekadar baca, maka ia hanya meniti di bibir sahaja. Tiada penghayatan yang boleh dibawa masuk ke dalam hati. 

Itu yang menyebabkan anda susah untuk istiqomah membaca Al-Quran setiap hari. Kemanisan nikmat dan pengajaran ayat Al-Quran gagal masuk dalam hati kerana anda tidak faham maksud setiap bait ayat.

Jadi, apa yang anda boleh buat?

Anda perlu menggunakan Tafsir Al-Quran ketika mengaji. Hayati dan fahami maksud di sebalik ayat Al-Quran. Sesungguhnya, Al-Quran penuh dengan peringatan dan pengajaran yang boleh anda jadikan sebagai panduan kehidupan seharian. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”

Surah Al-Qamar: 17

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.