Apa itu Huruf Hijaiyyah?
Huruf hijaiyah merupakan huruf-huruf dalam bahasa Arab yang digunakan dalam penulisan Al-Quran. Ia adalah asas utama bagi sesiapa yang ingin mempelajari dan memahami isi Al-Quran. Huruf-huruf ini mempunyai bentuk, nama, dan fonetik tersendiri yang memainkan peranan penting dalam pembacaan Al-Quran.
Mengenal huruf hijaiyyah merupakan langkah awal untuk membaca Al-Quran sesuai dengan tajwid sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surat Al Muzzammil ayat 4 :
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Maksudnya : Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
Huruf Hijaiyyah Yang Tidak Boleh Disambung
Terdapat 6 huruf hijaiyyah yang tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya iaitu :
- Alif ا
- Dal د
- Dzal ذ
- Ro ر
- Za ز
- Wau و
Huruf Hijaiyyah yang tidak boleh disambung terdapat dalam 3 keadaan iaitu di awal, tengah dan akhir kalimah.
Penulisan huruf hijaiyyah jika berada di awal kalimah :
- Alif : __ا Contoh penulisannya iaitu أُنْزِل
- Dal : __ د Contoh penulisannya iaitu دُبُر
- Dzal : _ ذ Contoh penulisannya iaitu ذَلِك
- Ro : _ ذ Contoh penulisannya iaitu رَبِّهِمْ
- Za : __ ر Contoh penulisannya iaitu زُيِّن
- Wau : __ و Contoh penulisannya iaitu وَسِع
Penulisan huruf hijaiyyah jika berada di tengah kalimah :
- Alif: ــاــ Contoh penulisannya iaitu كَان
- Dal: ــدــ Contoh penulisannya iaitu شَدِيد
- Dzal: ــذــ Contoh penulisannnya iaitu الَّذِينَ
- Ro: ــرــ Contoh penulisannya iaitu قَرِيب
- Za: ــزــ Contoh penulisannya iaitu زُيِّن
- Wau: ــوــ contoh penulisannya iaitu يَرْجُونَ
Penulisan huruf hijaiyyah jika berada di akhir kalimah :
- Alif: ــا Contoh penulisannya iaitu الدُّنْيَا
- Dal: ــد Contoh penulisannya iaitu بَعْد
- Dzal: ــذ Contoh penulisannya iaitu يَوْمَئِذٍ
- Ro: ــر Contoh penulisannya iaitu نَصْر
- Za: ــز Contoh penulisannya iaitu يُجْز
- Wau: ــو contoh penulisannya iaitu الْعَفْوَ
Anda boleh membaca Al-Quran tetapi masih belum dapat menguasai hukum tajwid dengan baik ?
Nak kenal makhraj dan sifat huruf dengan lebih dekat ?
Jangan risau, jangan bimbang – Azdan menawarkan kelas mengaji online untuk anda !
Jom daftar sesi konsultasi secara personal tanpa sebarang caj hari ini.