“KEBAHAGIAAN” selalu menjadi buruan oleh semua orang dalam dunia hari ni. Yelah, siapa je yang taknak hidup bahagia kan?… Semua orang mengimpikan kebahagiaan di dunia dan juga akhirat.

Betul tak?

Tapi, sebenarnya bahagia ni adalah sesuatu yang bersifat subjektif. Setiap orang ada definisi “Bahagia” masing-masing. Contohnya, ada orang yang hidup dalam keadaan yang sederhana pun mereka dah cukup rasa bahagia.

Ada pula yang hidup dah senang lenang dan cukup segalanya daripada segi harta benda tapi hidupnya tak bahagia dan serba tak kena.

Jom ustazah nak ajak kita sama-sama muhasabah diri, apa agaknya dosa-dosa yang kita dah lakukan sampai menyebabkan hidup tak bahagia.

Sebagai manusia biasa kita takkan pernah terlepas daripada melakukan  kesalahan dan dosa.

Agak-agaknya ada tak dosa-dosa yang kita lakukan tanpa sedar sehingga menyebabkan hidup tak bahagia?

Jom sama-sama kita semak sama-sama apa dia 7 Dosa Punca Hidup Anda Tak Bahagia !

#1 MENGAMBIL HAK ORANG LAIN

Nabi Muhammad SAW bersabda:

كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ

Maksudnya: “Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”.

Sebagai seorang Muslim, kita mestilah berhati-hati dalam mendapatkan rezeki. Pastikan rezeki yang kita peroleh itu tidak terdapat sebarang unsur yang haram mahu pun yang meragukan. 

Bukan apa, takut-takut dalam rezeki kita ada hak orang lain. Kita penat bekerja tapi rezeki tu jadi tak halal sebab rupanya kita dah termakan hak orang lain.

Tak seronok lah macam tu…

Halal haram rezeki yang kita peroleh itu sangat penting tau sebab daripada duit tu lah kita akan gunakan untuk meneruskan kehidupan seharian diri sendiri dan keluarga seperti makan dan minum.

Jangan pernah pandang remeh hal ini sebab ianya akan menjadi darah daging. Bila sumber haram dah menjadi darah daging, itulah antara penyebab hidup tak bahagia.

#2 TIDAK JUJUR

Jujur adalah suatu sifat yang mudah bila difikirkan tapi sebenarnya bukan senang nak jumpa orang yang betul-betul ada sifat jujur ni.

Kalau orang yang depan-depan cakap lain, bila kat belakang kita dah cakap lain pula. Hmm.. Sikap yang macam tu banyak lah kita jumpa sekarang ni.

Betul tak?

Orang yang mempunyai sikap macam tu mesti hidupnya tak bahagia. Percayalah…

Sebabnya, dia bukan sahaja dah bersikap tak jujur tapi dia boleh juga menjadi penyebab kepada pergaduhan atau salah faham di antara orang lain.

Selain itu, sikap tak jujur pada diri sendiri pun boleh menjadi punca hidup tak bahagia tau. Cuba check balik pernah tak anda tipu diri sendiri…

“Cakap je nak buat tapi tak buat pun… “

Itulah salah satu contoh perilaku yang dimaksudkan dengan tipu diri sendiri. Kata nak baca Al-Quran setiap hari tapi hari-hari sibuk main game je, tiada usaha pun nak buat apa yang diucapkan.

#3 MELAZIMI SIKAP SAMBIL LEWA

Sikap sambil lewa ni macam mana?

Sambil lewa ni bahasa mudahnya adalah sikap tidak bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kalau buat sesuatu kerja tu, buat main-main.

Sikap ini kalau diamalkan dalam kehidupan seharian, memang tidak akan ke mana-mana lah orang tu.. Bukan sahaja hidupnya sendiri yang tak bahagia, malah boleh menyusahkan orang lain.

Cuba bayangkan kalau ada rakan sekerja kita yang tidak menyelesaikan tugasnya dengan betul, lepas tu kita pula yang kena ‘cover’ kerja dia. 

Mesti rasa marah kan sebab tak pasal-pasal kita nak kena siapkan kerja orang lain sedangkan kita sendiri ada kerja yang perlu diselesaikan.

Haa.. Macam tu lah antara kesan daripada sikap sambil lewa ni. Bukan sahaja menyusahkan orang lain tapi orang lain akan hilang kepercayaan kepadanya.

Jadi, macam mana orang yang sambil lewa nak dapat hidup bahagia kalau dia sendiri telah menjadi punca masalah dan menyusahkan ramai orang di sekelilingnya?

Fikir-fikirkan yaa…

#4 MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB

Setiap manusia di atas muka bumi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian masing-masing.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddassir Ayat 38

كُلُّ نَفْسٍۢ بِمَا كَسَبَتْ رَهِيْنَةٌۙ

Ertinya: Setiap orang bertanggung jawab atas apa yang telah dilakukannya.

Tanggungjawab ini meliputi tanggungjawab terhadap Allah SWT, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Semua aspek ini perlu diberikan perhatian yang sama banyak.

Dalam melaksanakan tanggungjawab ni, tak boleh juga kalau terlalu fokus kepada satu aspek sahaja. 

Ini yang bahaya !

Sebagai contoh, terlalu taksub dengan tanggungjawab terhadap pekerjaan sampai mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, diri sendiri dan yang lagi teruk lupa tentang tanggungjawab terhadap sang pencipta, Allah SWT.

Kalau kita rasa dah berjaya dalam bidang pekerjaan, ada duit yang banyak tapi hidup masih tak bahagia dan ada sahaja masalah lain yang sentiasa datang. 

Cepat-cepat check balik, dah selesaikan atau belum tanggungjawab yang lain?

#5 MELENGAH-LENGAHKAN TAUBAT

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوْبَةًۭ نَّصُوحًا

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan taubat nasuha”.

{QS: Surah At-Tahrim ayat 8}

Setiap sesuatu yang diperintahkan Allah SWT kepada hambanya itu pasti ada kebaikannya. Sama seperti perintah supaya bertaubat di atas.

Allah SWT memerintahkan supaya umatnya sentiasa bertaubat kerana fitrah seorang manusia adalah tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesalahan atau dosa sama ada dosa besar mahupun kecil.

Hidup seseorang manusia yang dibelenggu dengan kesalahan dan dosa-dosa terhadap Allah SWT tidak akan bahagia.

Jika kita buat salah sesama manusia, minta maaf kepada orang itu. Apabila kita berdosa dengan Allah SWT, maka bertaubatlah kepadaNya seberapa banyak kali pun kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Tunggu apa lagi? Rugi tau kalau tak bertaubat !

#6 LALAI DALAM MENGERJAKAN SOLAT

Kita semua dah sedia maklum tentang kewajipan solat 5 waktu sehari semalam. Tapi, berapa ramai di antara kita yang memang tak pernah langsung tinggalkan solat fardhu?

Islam adalah agama yang tidak pernah menyusahkan dan membebankan umatnya sehinggakan orang yang sedang sakit diberi kelonggaran untuk solat secara duduk atau baring mengikut tahap keuzuran masing-masing.

Yang penting, solat !

Walaupun begitu, masih ramai di antara kita yang tak ambil kisah pun tentang solat fardhu ni. Ramai yang suka-suka je tak solat. Ada juga yang solat bila dia rasa nak solat je.

Sedihnyaaa…

Solat ni ibarat penghubung antara kita sebagai hamba dengan sang pencipta iaitu Allah SWT. Kalau kita gagal melaksanakan solat ni ibarat kita gagal menjaga hubungan dengan Allah SWT.

Kalau anda rasa hidup tak bahagia dan ada sahaja benda yang tak kena tapi anda sendiri tak tahu apakah puncanya?

Tengok balik solat anda macam mana? Adakah cukup 5 waktu yang wajib sehari semalam?

#7 TIDAK MEMBACA AL-QURAN

“Al-Quran tu panduan hidup bahagia di dunia dan di akhirat”

Pernah dengar tak kata-kata macam tu? Betul ke? 

Betul… Al-Quran adalah sebuah mukjizat yang paling agung diturunkan oleh Allah SWT dan disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat Islam untuk dijadikan sebagai petunjuk untuk kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.


Sabda Rasulullah SAW :

“Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara, sekali-kali kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitabullah (AlQuran) dan sunnah Rasulullah SAW”. (Riwayat Imam Malik)

Hari ini, berapa ramai lagi umat Islam yang tidak pandai baca Al-Quran?

Sedih sangat bila ramai yang tak mengaji sebab tak tahu nak baca Al-Quran tapi lagi sedih bila yang pandai mengaji pun tak baca Al-Quran. 

Ada banyak panduan hidup bahagia yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran ni. Rugi sangat kalau kita tidak memanfaatkan mukjizat agung yang diturunkan untuk kita ni.

Kalau nak merasa kebahagiaan hidup yang sebenar di dunia dan akhirat, baca dan fahamilah Al-Quran serta isi kandungannya. Tak pandai, boleh belajar.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.