Pada zaman jahiliyah wanita dipandang rendah dan menjadi hamba semata-mata. Pada zaman tersebut wanita dipandang keji sehinggakan anak perempuan yang baru lahir akan dibunuh.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 58-59:

وَاِذَا بُشِّرَ اَحَدُهُمْ بِالْاُنْثٰى ظَلَّ وَجْهُهٗ مُسْوَدًّا وَّهُوَ كَظِيْمٌۚ يَتَوٰرٰى مِنَ الْقَوْمِ مِنْ سُوْۤءِ مَا بُشِّرَ بِهٖۗ اَيُمْسِكُهٗ عَلٰى هُوْنٍ اَمْ يَدُسُّهٗ فِى التُّرَابِۗ اَلَا سَاۤءَ مَا يَحْكُمُوْنَ

Maksudnya:

“Padahal apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, wajahnya menjadi hitam (merah padam), dan dia sangat marah. Dia bersembunyi dari orang banyak, disebabkan kabar buruk yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan (menanggung) kehinaan atau akan membenamkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ingatlah alangkah buruknya (putusan) yang mereka tetapkan itu”.

Islam adalah agama Rahmatan Lil Alamin. Ia membawa maksud kedamaian, keamanan, kenyamanan dan juga perlindungan. 

Oleh itu, sejak kedatangan agama Islam, kedudukan dan darjat wanita telah diangkat dan dimuliakan berbanding ketika zaman jahiliyah. 

Islam sangat menghargai kaum wanita serta memandangnya sebagai insan unggul dan istimewa. Banyak keistimewaan dan kedudukan wanita disebutkan dalam Al-Quran.

Malah, satu surah dalam Al-Quran mengandungi nama wanita iaitu Surah An-Nisa’. Surah-surah lain dalam Al-Quran juga banyak menyebutkan tentang wanita. 

Oleh itu, kami kongsikan 7 Pesanan Al-Quran Tentang Wanita !

#1 Wanita Tidak Boleh Dipaksa dan Disusahkan

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa ayat 19:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا يَحِلُّ لَكُمْ اَنْ تَرِثُوا النِّسَاۤءَ كَرْهًا ۗ وَلَا تَعْضُلُوْهُنَّ لِتَذْهَبُوْا بِبَعْضِ مَآ اٰتَيْتُمُوْهُنَّ اِلَّآ اَنْ يَّأْتِيْنَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ ۚ وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ ۚ فَاِنْ كَرِهْتُمُوْهُنَّ فَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّيَجْعَلَ اللّٰهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْرًا

Maksudnya:

“Wahai orang-orang beriman! Tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya”

Ayat Al-Quran di atas menunjukkan bahawa Allah sangat memelihara kaum wanita sehinggakan tidak ada orang yang boleh memaksa dan menyusahkan mereka.

#2 Wanita Tidak Boleh Difitnah

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 23:

اِنَّ الَّذِيْنَ يَرْمُوْنَ الْمُحْصَنٰتِ الْغٰفِلٰتِ الْمُؤْمِنٰتِ لُعِنُوْا فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيْمٌ ۙ

Maksudnya:

“Sungguh, orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan baik, yang lengah dan beriman (dengan tuduhan berzina), mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan mereka akan mendapat azab yang besar”.

Allah SWT juga sangat memelihara kesucian serta kehormatan kaum wanita sehinggakan orang yang bercakap buruk tentang seseorang wanita yang solehah akan diberikan azab yang besar.

#3 Wanita Berhak Atas Mahar

Mahar adalah pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang ingin dikahwini dan dijadikan sebagai isterinya.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa ayat 4:

وَاٰتُوا النِّسَاۤءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحْلَةً ۗ فَاِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوْهُ هَنِيْۤـًٔا مَّرِيْۤـًٔا

Maksudnya:

“Dan berikanlah mas kahwin (mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang penuh kerelaan. Kemudian, jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari (maskawin) itu dengan senang hati, maka terimalah dan nikmatilah pemberian itu dengan senang hati”.

Pemberian mahar khusus untuk wanita ini adalah sebagai lambang penghargaan kepada wanita dan juga sebagai gambaran kepada seorang lelaki supaya bertanggungjawab melindungi isterinya.

#4 Wanita Merupakan Perhiasan Dunia

Allah SWT telah menciptakan wanita beserta dengan keindahannya daripada segi fizikal dan juga hati serta pemikirannya. 

Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa perhiasan yang paling utama di dunia ini adalah wanita. 

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, Nabi SAW pernah bersabda:

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya:

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”

{Riwayat Muslim (715)}

Oleh itu, wanita sewajarnya dijaga dan dilindungi dengan sebaiknya.

#5 Perintah Wanita Untuk Berhijab

Allah SWT telah memerintahkan supaya semua wanita yang beragama Islam untuk berhijab serta menutup aurat dengan sempurna.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 59

يٰٓاَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِّاَزْوَاجِكَ وَبَنٰتِكَ وَنِسَاۤءِ الْمُؤْمِنِيْنَ يُدْنِيْنَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيْبِهِنَّۗ ذٰلِكَ اَدْنٰىٓ اَنْ يُّعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَۗ وَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا

Maksudnya:

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”.

Setiap perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT itu pasti ada sebabnya. Sebagaimana wanita diperintahkan supaya berhijab adalah untuk memastikan kehormatan mereka sentiasa terpelihara.

#6 Berhak Atas Perlakuan Adil

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa ayat 3

وَاِنْ خِفْتُمْ اَلَّا تُقْسِطُوْا فِى الْيَتٰمٰى فَانْكِحُوْا مَا طَابَ لَكُمْ مِّنَ النِّسَاۤءِ مَثْنٰى وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۚ فَاِنْ خِفْتُمْ اَلَّا تَعْدِلُوْا فَوَاحِدَةً اَوْ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُكُمْ ۗ ذٰلِكَ اَدْنٰٓى اَلَّا تَعُوْلُوْاۗ

Maksudnya: 

“Dan jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim”.

Sebagaimana firman Allah SWT di atas, wanita berhak untuk diperlakukan dengan adil dalam urusan lahiriah seperti nafkah, tempat tinggal dan juga giliran.

Ia adalah lebih khusus kepada kaum lelaki yang ingin memperisterikan lebih daripada seorang wanita, tetapi jika tidak mampu untuk berlaku adil, dianjurkan untuk menikahi seorang wanita sahaja. 

Ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT sangat menjaga hak-hak wanita.

#7 Mendapat Layanan Yang Baik Daripada Suami

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa ayat 19

وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ

Maksudnya:

“Dan bergaul kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut”.

Dalil di atas menunjukkan perintah Allah kepada para suami supaya memperlakukan isteri dengan baik. 

Selain itu, dalam lafaz taklik setelah akad nikah juga ada disebutkan bahawa seorang isteri berhak mengadu kepada pihak berwajib jika suami gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik. 

Sungguh, agama Islam sangat memelihara kaum wanita. 

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.