Permulaan Trend Platform Online

Wabak Covid-19 yang mula melanda dunia pada tahun 2020 telah menyebabkan kebanyakan negara terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Negara kita juga merupakan salah satu yang terlibat dengan pelaksanaan PKP tersebut.

Bermula dari situ lah pelbagai platform online ini mula digunakan dan telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat. Kelas online, meeting online, tadarus Al-Quran pun boleh dibuat secara online.

Tadarus Al-Quran secara online ini mula menjadi trend pada bulan Ramadan tahun 2020. Oleh kerana semua orang tidak dibenarkan untuk berkumpul secara fizikal. Jadi, mereka mengambil inisiatif untuk menggunakan platform online supaya tetap dapat menghidupkan suasana tadarus Al-Quran.

Kelebihan Tadarus Al-Quran Online

1) Kos Yang Lebih Rendah

Tadarus Al-Quran secara online tidak memerlukan kos tambahan untuk pengangkutan seperti minyak kereta dan motosikal atau tambang untuk menaiki pengangkutan awam kerana anda duduk di rumah sahaja pun dah boleh ikuti tadarus Al-Quran.

2) Masa Yang Lebih Fleksibel

Ramai golongan bekerja yang susah untuk memberikan komitmen penuh join tadarus Al-Quran setiap hari kerana kekangan waktu bekerja. Ada masa nak join pun hujung minggu sahaja. 

Tapi, dengan adanya tadarus Al-Quran secara online ni semua orang berpeluang untuk join tadarus. Kalau tak dapat join waktu siang sebab bekerja, boleh join kumpulan tadarus yang dibuat selepas waktu bekerja.

3) Boleh Ikuti Tadarus Dari Rumah 

Selain kekangan masa, ada juga yang tak dapat join tadarus Al-Quran kerana susah untuk pergi ke tempat-tempat yang menjalankan tadarus. 

Jadi, tadarus Al-Quran secara online ini sangat membantu kerana anda boleh join tadarus dari rumah sahaja. Tak perlu keluar ke mana-mana pun.

Kekurangan Tadarus Al-Quran Online

1) Masalah Internet

Kita sedia maklum, apabila menggunakan platform online ni memang akan ada masalah dengan jaringan internet. Ada yang tak dapat dengar suara lah, ada yang video tersangkut-sangkut dan sebagainya.

Hal ini sedikit sebanyak sebenarnya akan mengganggu kelancaran tadarus Al-Quran tersebut.

2) Mudah Hilang Fokus

Sebenarnya, tadarus Al-Quran secara online ni tak jauh bezanya dengan kelas secara online

Apabila kita menggunakan platform online ni memang mudah je nak hilang fokus lagi-lagi bila tak buka kamera. Ada tu yang buka je tadarus tu tapi orangnya buat benda lain. Hmm..

3) Kurang “feel” Tadarus

Kita sebagai umat Islam memang dituntut untuk bertadarus Al-Quran dan ianya lebih seronok jika dilakukan secara beramai-ramai dengan berkumpul di masjid-masjid atau surau-surau.

Kalau buat secara online ni macam kurang sikit lah rasa seronok tu sebab tak dapat berkumpul secara fizikal atau depan-depan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, setiap sesuatu perkara atau perbuatan itu pasti ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing.

Begitu juga dengan tadarus Al-Quran ini, sebelum platform online menjadi trend, memang semua orang akan bertadarus secara fizikal. Tapi, sesuai dengan peredaran zaman teknologi sekarang, ramai juga yang lebih selesa bertadarus menggunakan platform online.

Jadi, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan sesuai dengan kelapangan dan keselesaan masing-masing.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.