Sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, kita perlu menjaga tatatertib dan hukum tajwid ketika membaca kitab suci al-Quran.
Penjagaan kedua-dua perkara ini amat penting bagi mendapatkan rasa khusyuk, ketenangan, dan maksud bacaan yang tepat.
Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa info yang penting mengenai hukum tajwid dan pembacaan al-Quran yang semakin dilupakan oleh umat Islam pada masa kini.
Teruskan membaca bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang penting.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Tajwid?
“Perkataan tajwid berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud mengelokkan atau mencantikkan. “
Daripada segi istilah pula, perkataan ini merujuk kepada suatu ilmu untuk mengetahui teknik dan cara melafazkan huruf-huruf al-Quran mengikut tertib yang telah ditetapkan.
Sedikit penambahan info, terdapat sesetengah ulama yang amat menitikberatkan tajwid sebagai menunaikan hak bagi setiap huruf al-Quran, seperti:
- Makhraj sesuatu huruf (cara bacaan yang keluar daripada mulut),
- Ciri-ciri bagi setiap huruf, dan
- Dengung, panjang, tebal atau nipis sebutan bagi sesuatu huruf atau perkataan.
Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid
Secara dasarnya, mempelajari ilmu tajwid merupakan sebahagian daripada ibadah Fardhu Kifayah.
Ini bermakna jika anda ingin mempelajari ilmu ini di sesuatu tempat, ia mestilah mempunyai seorang atau beberapa orang yang arif dan faham ilmu tersebut.
Individu tersebut mestilah boleh dijadikan sebagai rujukan bagi masyarakat di sesuatu kawasan itu.
Membaca al-Quran mengikut hukum tajwid yang telah ditetapkan dan secara betul adalah bersesuaian dengan firman Allah SWT daripada Surah al-Muzammil, iaitu:
Maksud: Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid).
Simbol Yang Ada Dalam Hukum Tajwid
Berikut merupakan beberapa simbol hukum tajwid yang perlu diketahui oleh setiap kaum Muslim. Antaranya, adalah:
- Tanwin
Hukum tajwid ini mempunyai 3 baris iaitu atas yang tidak selari, bawah yang tidak selari, dan depan seperti nombor 99.
- Nun
Nun terbahagi kepada dua jenis iaitu nun kosong dan bersabdu.
- Mim
Mim mempunyai 3 jenis iaitu kosong, kecil, dan juga bersabdu.
Sedikit info tambahan mengenai ilmu hukum tajwid adalah mengenai makhraj bagi setiap huruf.
Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian awal artikel ini, makhraj bagi setiap huruf adalah amat penting demi menjaga makna kitab suci al-Quran.
Antara anggota-anggota yang melibatkan makhraj huruf adalah:
- Bibir
- Hidung
- Rongga mulut
- Halkum
- Lidah
Jika anda ingin tahu lanjut mengenai simbol tajwid serta cara bacaannya yang betul, anda boleh rujuk kepada kami di Azdan Quranic Center.
Ingat ya.
Meskipun hukum mempelajari hukum tajwid hanyalah Fardhu Kifayah, ia bukan “tiket” untuk anda memandang enteng terhadap pembacaan al-Quran secara tertib.
Artikel Berkaitan: 4 Tajwid Asas Yang Mudah Diamalkan
Adab Ketika Menuntut Ilmu
Sebelum anda menyertai kelas pembacaan al-Quran bersama kami, eloklah sekiranya anda mengetahui dan mengamalkan adab ketika menuntut ilmu.
Hal ini kerana amalan menuntut ilmu sudah menjadi rutin harian bagi setiap individu.
Disebabkan itu, ada yang mengambil berat perihal adab ketika menuntut ilmu. Dan, ada juga yang memandang amalan ini sebagai norma harian sahaja.
Menjaga adab ketika menuntut ilmu, tidak kira sama ada ia berkaitan dengan agama, sains atau perkara asas, adalah amat penting.
Ini bertujuan untuk menjaga keberkatan ilmu tersebut, di samping untuk memastikan penuntut tersebut mendalami, menguasai serta mempraktikkannya secara tertib.
Oleh itu, kami akan kongsikan adab ketika menuntut ilmu di bawah ini. Antaranya adalah:
- Memasang niat menuntut ilmu adalah kerana Allah SWT.
Ini bersesuaian dengan firman Allah di dalam surah Luqman, ayat 34 iaitu:
Maksud: Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Kiamat, dan Dia yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan, tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang dikerjakannya pada hari esok. Dan, tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.
Ini menunjukkan bahawa Allah memiliki pengetahuan bagi setiap perkara yang ghaib dan jelas.
Oleh itu, sebagai hambaNya, kita sewajarnya berasa rendah diri dengan ilmu pengetahuan yang dipelajari.
- Bersungguh-sungguh dan jangan malu untuk bertanya
Ketika anda sedang menuntut ilmu, anda tidak perlu berasa malu untuk bertanyakan soalan.
Ini menunjukkan anda berminat untuk mengetahui sesuatu ilmu yang baru dipelajari.
Di samping anda bertanyakan soalan, anda juga perlu seiring dengan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan.
Dengan ini, anda akan ketahui lebih mendalam mengenai sesuatu perkara dan boleh berkongsi ilmu tersebut bersama orang lain.
- Memiliki sifat kesabaran yang tinggi
Menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap ilmu yang anda peroleh adalah berdasarkan tahap kefahaman dan kesesuaian pada ketika itu.
Sebagai contoh, kita mempelajari sesuatu ilmu secara dasar (on the surface) di tadika ataupun sekolah rendah.
Hal ini kerana kemampuan seorang kanak-kanak untuk memahami sesuatu perkara yang kompleks adalah amat rendah.
Jadi, belajarlah secara ansur-ansur mengikut tahap kefahaman dan kesesuaian mengikut keadaan.
- Menjaga adab bersama guru
Bagi menjaga keberkatan ilmu, anda diingatkan supaya sentiasa menjaga adab apabila bersama guru.
Antara perbuatan yang perlu dielakkan adalah mengeluarkan kata-kata kesat, meninggikan suara, atau membuat jenaka yang tidak senonoh.
- Mengulangkaji pelajaran
Setiap ilmu yang dipelajari memerlukan pengulangan agar ia berkekalan.
Jadi, anda boleh melakukan muzakarah atau study group bersama rakan-rakan untuk refresh kembali perkara yang sudah dipelajari.
Kesimpulannya, hukum tajwid adalah salah satu cabang ilmu yang boleh dipelajari bersama individu yang mendalami dan mahir dalam bidang itu.
Dengan mempelajari ilmu penting sebegini, anda berpeluang untuk memahami isi kandungan al-Quran dengan lebih tepat.
Di samping mempelajari hukum tajwid, anda perlu mendisiplinkan diri dan mengikuti adab ketika menuntut ilmu. Ini bertujuan agar ilmu tersebut berkekalan dan direda.
Buat mereka yang sedang mencari kelas ilmu tajwid, anda boleh berdaftar di Azdan Quranic Center.
Azdan Quranic Center ini sudah ditubuhkan sejak September 2020. Ia berperanan sebagai sebuah pusat pembelajaran dan bimbingan al-Quran untuk kaum Muslim di Malaysia
Kami di Azdan Quranic Center akan menyediakan modul pada setiap minggu sebagai salah satu alternatif agar umat Muslim meminati untuk mempelajari al-Quran secara lebih tertib.
Jangan risau!
Tenaga pengajar di institusi kami sudah berpengalaman dalam bidang ini dan amat komited dalam berkongsi ilmu tajwid kepada masyarakat di Malaysia.
Jangan tangguh lagi peluang keemasan untuk menambah baik bacaan al-Quran bersama kami!
Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang