Masalah Stres selalu menjadi perbualan hangat masyarakat sekarang walaupun hidup dalam serba moden.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Rakuten Insight di Malaysia pada Mei 2022 mendapati sebanyak 59% daripada mereka yang berumur antara 16 hingga 24 tahun menunjukkan tahap tekanan lebih tinggi.

Apakah punca sebenarnya stres boleh berlaku?

1) Terlalu banyak masalah

Wujudkah manusia yang tiada masalah? Setiap yang hidup sudah pasti mempunyai masalah, sama ada kecil atau pun besar. Namun, sekiranya masalah datang bertimpa-timpa tanpa sempat diselesaikan satu-persatu, ia akan mula menyebabkan kita stres. 

2) Tiada sokongan orang terdekat

Sokongan dari orang terdekat dan tersayang adalah sangat penting dalam hidup kita. Ketiadaan sokongan daripada mereka sudah tentu akan menyebabkan seseorang individu stres dan mersakan hilang tempat bergantung.

3) Penyakit yang dihidapi

Jatuh sakit juga boleh menjadi punca stress. Lebih-lebih lagi penyakit yang menyebabkan seseorang individu terlantar dan tidak dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Keadaan akan jadi lebih teruk jika penyakit yang dihidapi adalah penyakit kronik.

4) Sukar menguruskan tugas dengan baik 

Gagal menguruskan masa untuk menyiapkan tugasan yang bertimbun akan menyebabkan kita mengalami tekanan secara mendadak dan boleh membawa kepada pelbagai penyakit lain.

5) Keluarga berpecah-belah

Tekanan juga berpunca daripada konflik hubungan antara ibu dan bapa yang menyebabkan anak-anak memendam perasaan lalu mengalami tekanan jiwa hingga sampai satu tahap tekanan ini memberi kesan negatif pada remaja.

Justeru itu, Al-Quran tampil memberi panduan kepada kita. Membaca, memahami dan menghayati isi kandungannya adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan stres.

Antara doa yang boleh diamalkan untuk mengurangkan stres :

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

 

Macam mana Al-Quran boleh hilangkan stres ? 

Al-Quran memberi kita bimbingan dan ketenangan serta memotivasikan kita. Ketika kita membaca dan merenungkan ayat-ayatnya, kita akan rasa lebih tenang dan yakin bahawa Allah selalu bersama kita dalam menghadapi ujian hidup.

Al-Quran mengajar kita konsep sebenar takdir dan segala apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah SWT. Jika kita memahami dan menerima takdir, maka setiap kebimbangan dan kerisauan yang terbuku di minda akan reda. 

Al-Quran mendorong kita untuk merefleksikan diri dan memperbaiki diri secara konsisten. Perbuatan ini membantu kita untuk mengurangi stres dan meningkatkan kefahaman tentang tujuan sebenar hidup.

Jadi kita boleh simpulkan yang Al-Quran bukanlah sekadar kitab suci bagi umat Islam, tetapi ia juga merupakan sumber kedamaian, kebijaksanaan, dan penyelesaian kepada setiap masalah, cabaran dan tekanan kehidupan. Mari kita jadikan Al-Quran sebagai panduan dalam semua perkara dan sentiasa beramal dengannya.

Anda boleh membaca Al-Quran tetapi masih belum dapat menguasai hukum tajwid dengan baik ? 

Nak kenal makhraj dan sifat huruf dengan lebih dekat ?

Jangan risau, jangan bimbang – Azdan menawarkan kelas mengaji online untuk anda ! 

Jom daftar sesi konsultasi secara personal  tanpa sebarang caj hari ini.

KLIK DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *